Perkakasan perlindungan peribadi Nyahranjau

Para penyah ranjau mungkin diberikan perkakasan perlindungan peribadi ("personal protective equipment- PPE") seperti topi, visor, sarung tangan berperisai, vest dada, dan kasut but, sebagai cubaan melindungi mereka sekiranya periuk api itu meledak secara tidak sengaja. IMAS menetapkan piwaian bagi peralatan sedemikian tetapi memberi perhatian kepada hadnya dan menyatakan bahawa pada jarak dekat, periuk api anti peribadi dan periuk api anti-kereta kebal melampaui PPE yang ada sekarang.[15] PPE menawarkan perlindungan besar terhadap letupan periuk api anti peribadi, dan ia adalah lebih biasa. Teknologi berkait yang telah dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan termasuk, alas seperti bantal yang dilekatkan pada tapak kasut yang menyebarkan berat dan memendam kesan tapak kaki, kerana ganguan yang sedikit pun pada tanah mampu mencetus picu periuk api lama, yang tidak stabil atau sengaja dipasang picu sensitif.

Kasub bagi pakaian perlindungan